Tuesday, October 25, 2011

merenung siling...dan mula bermuhasabah..
hujung minggu yang sangat sarat dengan bebanan..
yang sesekali menggoyahkan kekuatan hati ini...
macam-macam kejadian yang berlaku
apabila sesuatu tanggungjawab itu digalas...
hendaklah kamu sedaya upaya melakukan..
dan letakkanlah ikhlas di tangga pertama...
dan soal ikhlas..kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak tafsirkan...
dan disitu jugalah diuji hati ini..
dicampak jauh rasa kecewa mahupun sedih...
siapalah yang layak nak tentukan hati dan keputusan seseorang..
melainkan pemilik hati-hati itu...
dan diri ini akan terus diuji...dan diuji...sehinggalah segala apa yang kamu katakan itu seperti mana realiti hakiki..
tercari-cari dalam diri..
kenapa lidah ini mudah sungguh berbicara...
tapi amalnya entah ke mana...
mula merasa rendah diri...dan sukar untuk mencari kekuatan motivasi...
mula wujud inferior terhadap bayang-bayang sendiri...
soal hati siapa yang tahu?
hanya DIA...
kadang-kadang mengharapkan manusia...seringkali kecewa yang datang....
tapi bila harapan itu diletakkan padaNYA..
syukur di atas kekuatan itu...
merubah diri itu sukar...apatah lagi merubah hati ini...
hati yang pernah luka...dan penuh dengan memori duka...
tapi semua itu berhikmah...
ujian daripadaNYA...
datang dalam keadaan yang kita sendiri tak sangka..
tetapi kupunjatkan kesyukuran ya Allah...
kerana MU aku berada di sini hari ini...
dan segala perancanganMU tidak pernah sia-sia

Friday, October 7, 2011

Riwayat Imam Tirmidzi “Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah diwaktu lapang, niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang luput darimu tidak akan menimpamu, dan apa yang menimpamu tidak akan luput darimu. Ketahuilah bahwa kemenangan seiring dengan kesabaran, jalan keluar seiring dengan cubaan dan kemudahan seiring dengan kesulitan”