Sunday, May 27, 2012

Kita rasa macam kita dah buat yang terbaik..
Sedar tak sedar sebenarnya tujuan kita bukanlah kerana Allah..
Tetapi mengejar kemegahan.. Mahukan pujian manusia sekeliling.. Menunjuk- nunjuk kehebatan diri..
Iya..memang soal ikhlas hanya Allah yang mengetahui..
Tetapi bukankah diri sendiri itu dapat merasakannya...
Nauzubillah..dasyat..mungkin diri ini golongan munafik itu..
Iye..tanpa sedar..
Yang membezakan amalan kita adalah niat..
Merasakan diri sudah cukup hebat?
Usah berangan..usah nak berlebih-lebihan..tiada apa-apa pun yang nak dibanggakan sangat wahai diri yang alpa dan hina...
Bukan luaran tetapi dalaman itulah yang paling penting..
Allah campakkan suatu perasaan yang diri sendiri susah nak tafsirkan..
Dan hari ini Allah memberi jawapannya..
Setelah sekian lama menafikan segala apa yang terbuku..
Kenapa masih mahu menafikan?
Mahukah kamu wahai diri menjadi orang munafik itu?
Iye..kamulah wahai diri..kenapa menoleh kiri dan kanan..
Takut dan teramat takut..
Sedarlah..sedarlah..
Cukuplah memberi alasan..
Perbetulkan niat dan muhasabah diri..
Tak sanggup untuk tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah..
Bercakap bumbambumbam tetapi amalnya sedikit sekali..
Dan amalan yg sdikit itu pula ditolak kerana niat yang selewang..
Aduhai..manakan sanggup jika Allah timpakan sebegitu...
Cukuplah.. Carilah nur Allah semula..
Kelak kamu akan temuinya juga wahai diri yang alpa dan hina...

Friday, May 25, 2012

manusia mana pernah sempurna...
manusia memang selalu lupa...
manusia acap kali mengecewakan..
itulah manusia...
dan manusia itulah diri ini...
 kadang-kadang rasa macam kosong..
semuanya bergerak pantas..masa, tenaga, semuanyalah...
tiktoktiktoktiktok....dah malam..dah sebulan...dah setahun...dah 21 tahun..dan mungkin esok lusa akan tinggalkan dunia yang fana ni...
mungkinkah akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan hati kosong?
hati terus berdetak tetapi suatu perasaan yang sukar ditafsir...
minda tidak lagi mampu memproses perasaan yang dirasa...
hati cuba menafikan dan syaitan semakin rancak mengatur strategi...
nafsu dan iman saling berlawanan...
terkadang iman tumpas...
cuba untuk bangkit..mencari penyelesaian...
pelbagai cara...
sukar sungguh menghadirkan hati...
mungkin hati juga turut memprotes diri ini yang acapkali mencalitkan titik-titik hitam keatasnya..
hati juga turut bersedih keatas diri ini yang tewas dengan nafsu sendiri...
kemana hilangnya perasaan itu?
dimanakah iman?
indahnya saat diri ini ditimpa kesusahan dan kesedihan...
indahnya saat dikala diri ini mengharap rahmat dan kasih sayangNya...
indahnya saat dikala diri ini mengadukan segala kelemahan kepadaNya...
indahnya saat-saat itu...
carilah iman itu wahai diri...carilah dan terus mencari...
Allah timpakan ujian keatasmu supaya kamu kuat...
carilah...jangan pernah mengalah...
kembalilah kepadaNya...
supaya diketemukan iman itu sebelum kamu berlalu meninggalkan bumi ini...
sesungguhnya yang kekal itu adalah di sana nanti...


Saturday, May 12, 2012

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.
You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.
Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.
You are never alone

Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.

"....ingatlah, dengan hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram." {Ar-Ra'd: 28}

Wednesday, May 9, 2012

bila banyak berfikir mulalah minda rasa penat
bila banyak kerja mulalah badan rasa lesu
tapi
bila punya masa lapang jarang sekali nak dihargai
manusia...
lumrahnya begitu..
susah untuk menghargai segala apa nikmat yang Allah kurniakan
acapkali merungut..
sedikit sekali bersyukur...

secara tak sengaja tertengok video perkahwinan awwal dengan scha..
tak tahu pun mereka dah kahwin...baru je tahu...
ketinggalan nak update cerita-cerita artis ni sebab kurang berminat dan terlalu banyak gosip
masalah diri sendiri pun tak selesai...masalah masyarakat yang meruncing pun seperti diabaikan..
dunia...
"mewah" itu perkataan yang paling sesuai nak gambarkan majlis perkahwinan zaman sekarang...
dah jadi macam kemestian kan...
jauh dalam hati teringin....
tapi lagi jauhhhhhhhhhhhhhh dalam hati...
tak apa...dekat syurga nanti semuanya jauh lebih indah...(kena berusaha membuat amal seorang ahli syurga ni) ^_^
 bila fikir-fikir...
kenapalah nak sangat dengan semua tu kan...
sedangkan Allah nak bagi yang terbaik untuk kita...

".....kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Allah maha perkasa maha bijaksana." (Al-Anfal:67)
tengok tu...Allah dah jelaskan dalam al-quran Allah nak bagi kita pahala akhirat sebab Allah tahu dekat sana nanti jauhhhhhhhhhh lebih baik...tak akan pernah tergambar indahnya...
sebab itulah para sahabat bermati-matian tegakkan agama islam dan mengejar syahid kerana mereka tahu... syurga tu nanti tiada tandingan...biarlah bersusah-susah sekarang...biarlah teruk sekarang...supaya disana nanti kita mendapat rehat yang panjang...
bersyukur dengan setiap nikmat yang ada...
walaupun Allah beri kita kesusahan tapi semua tu tak menghalang kita mendekati DIA kan...
Allah sentiasa ada...
yakinlah...
pasti kita nanti-natikan pertemuan dengan DIA...
pencipta kita...
tapi nak jumpa Allah ada syaratnya...
berusaha untuk jadi ahli syurga...syurga yang paling tinggi...syurga firdaus...
boleh jumpa Rasulullah..para sahabat...yang seringkali namanya meniti dibibir tatkala menceritakan tentang perjuangan mereka...
rindu...sangat rindu...
nak bersama mereka pun ada syaratnya...
berusaha menjadi ahli syurga...syurga tertinggi...syurga firdaus...
tak salah untuk bercita-cita tinggi...
semuanya bukan terletak pada pincangnya permulaan tetapi baiknya pengakhiran...
insyaallah..

sebagai peringatan buat diri yang lupa dan motivasi bersama

Friday, May 4, 2012

kenapa nak putus asa?
bukankah itu yang terbaik?
supaya awak tak riak...supaya awak tak rasa senang...dan supaya awak berusaha lebih-lebih lagi..
sebab tu awak dapat yang macam tu...
setimpal dengan usaha awak yang tak seberapa tu...
nah!!
nak merungut lagi?
nak rasa down lebih-lebih lagi?

Allah bagi yang terbaik buat awak
sebab Allah tahu yang awak mudah lupa bila senang..
Dia bagi kesusahan supaya awak ingat Dia..
bukankah awak yang selalu berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus
jalan kembali kepadaNya..
dikurniakan hidayahNya...
so...
inilah caranya...
inilah tarbiyah Allah buat kamu...

nak bersyukur tak?
bersyukurlah...dah banyak sangat nikmat Allah bagi...
tak ternilai banyaknya...
baru tarik sikit dah melatah tak tentu pasal...
sudah-sudah lah tu nak menyalahkan itu ini...
silapnya datang dari diri sendiri...

pergi muhasabah diri banyak-banyak..
awak tu dah banyak sangat leka...
islam ajar supaya bersungguh-sungguh...
ini tidak...
cakap beriya-iya...
cerita bukan main nak gah saja...
tapi nak didik diri sendiri pun terkulat-kulat..
nak malas-malas...
layak ke nak pesan kat orang lain suruh bersungguh-sungguh...
macam kuda perang dalam surah al-Adiyat?

apa nak jadi lah awak ni...
mana hilangnya semangat diri awak yang menyala-nyala tu?
tak yakin ke awak yang Allah akan bantu hamba yang membantu agamanya?
cukuplah tu...

apa yang penting sekarang...
bersemangat...dan terus bersemangat...
jangan mengalah...
sebab Allah tak pernah bebankan hambanya dengan sesuatu yang berada diluar kemampuan dirinya
so...
bersungguh-sungguh dalam buat apa pun
letakkan seluruh usaha itu dan lakukan yang terbaik...
dan pastikan letakkan impian dan cita-cita itu yang tertinggi...
supaya usaha yang dilakukan juga adalah sehabis baik

nukilan,
 ~hamba yang mengalah untuk seketika tetapi bukan selamanya~ Gatton yang mendung dan suram