Saturday, August 25, 2012

>assalamualaikum<
setelah berkurun lamanya tak menulis hari ni tiba-tiba membuak-buak rasa nak menulis semula..
motif sebab hari ni tak banyak sangat kerja di office..
alhamdulillah Ramadan dah berlalu..syawal pun dah hampir seminggu dilalui..
sekejap sangat rasanya...dalam sedar tak sedar...percaya atau tidak tahun ni berpeluang raya di Malaysia..
kekok juga pada mulanya sebab dah lama tak rasa perasaan ingin beraya tu sebab di Australia kadang-kadang hari raya jatuh pada hari biasa yang pastinya ada kelas atau praktikal...silap hari bulan ada midsem.. memang agak haru lah disitu..
tapi alhamdulillah tahun ni rayanya meriah sebab jatuh hari ahad dan di awal permulaan semester..tak berapa sibuk sangat..dapat pulak cuti seminggu..lagi lah sakan..
apa-apa pun sentiasa terkenang-kenang Ramadan di aussie...indahnya suasana ibadah tu..jauh sekali nak banding di Malaysia..
ramadan yang sepatutnya diraikan untuk ibadah sebanyak-banyaknya...bertukar menjadi pesta pembaziran...sedih sungguh rasa..makanan berlambak-lambak...nafsu semata-mata..
bila dah mula praktikal..barulah dapat rasakan suasana bekerja sebenar..inilah realiti bila dah graduate nanti...
kerja 6 hari seminggu...cuti hanya pada hari jumaat...letih sungguh rasa... malam dah tak larat nak kemana-mana...nak ke surau sebelah rumah pun kadang-kadang berkira sangat...
alahai diri...lemah sungguh...tak tahan dengan dugaan-dugaan dunia ni...
itu baru tanggungjawab sebagai muslim, pelajar, pekerja, cucu (sbb tinggal rumah nenek)dah tak tertanggung..belum lagi tambah title isteri dan ibu...fuihhh...mahu pengsan...
kadang-kadang berada dalam suasana selesa dikelilingi orang-orang baik belaka macam dalam khayalan je..semuanya mimpi-mimpi indah...bila kembali pada realiti sebenar...mahu lemas dan sesak dada...tercungap-cungap mencari nafas baru... bak kata pepatah " kalau tak test power mana nak tahu hebatnya, kalau tak cuba mana nak tahu kurangnya"
baik dimana-mana pun kita...kenalilah diri kita sebaiknya..kadang-kadang rasa semuanya topeng-topeng plastik...

mood: mencari diri