Monday, February 10, 2014

Jika boleh dipendam rasa tak ingin aku luahkan..
Sukar digambar..
Menatap dgn hambar..
Wahai hati apa yang kau rasa?
Jika sedih mengapa tidak kau tangisi..
Zahirnya kau terlihat tabah
Tetapi apa yang tersisip kemas dlm hatimu begitu melukakan
Bukan kah meluahkn lebih memberimu kelapangan..
Aku tahu kau tidak putus asa mengadu pada yang Esa..
Menanggungnya sendirian hanya membuatmu derita..
Ku tahu kau kecewa..
Meletakkan harapan pada manusia begitulah lumrahnya..
Derita dan kecewa
Tetapi menggantung harapan pada illahi memberimu satu erti..
Kepastian dan keredhaan..
Teruslah melangkah..
Dirimu punya cita nan tinggi..
Kejarlah ia..
Tp jangan sampai lupa cinta tertinggi..
Bawalah ia kemanapun engkau pergi..
Cinta illahi cinta hakiki..
Semoga kau perolehi semua yg kau impi..
Insyaallah..

Sunday, February 9, 2014

Sekufu hati

Mencari sekufu hati bagai mencari mutiara di dasar lautan..
Sekufu hati yg sejak azali ditakdir illahi..
Diri ternanti bilakah sekufu hati kan muncul di sisi
Menemani diri yg bersendiri
Namun ketentuan illahi lebih aku redhai
Usaha dan doa dititip saban hari..
Kutahu qada dan qadar illahi itu harus kuyakini..
Insyaallah sekufu hati pasti kan kutemui..
Bersama membina mahligai duniawi sehingga ke syurga firdausi..

Walau sudah kutemui sekufu hati yg kucintai..
Aku tetap hamba yg hina.,
Aku tetap ingin menjadi pencinta..
Pencinta kpada pemilik alam semesta..
Kerana cinta itu adalah cinta abadi
Yg kutemui sebelum cinta sekufu hati..


Thanks for the quote " sekufu hati dan jiwa" it gave me idea and i jz love the quote.. Rarely said and it was so meaningful..