satu perkara yang saya belajar tentang kehidupan ini..
"kita BERTANGGUNGJAWAB atas setiap perkara yang kita lakukan"
pernah tak terlintas di fikiran untuk cuba mengulang semula masa lalu? supaya segala kesilapan dan tindakan-tindakan kita dapat dibetulkan semula..
pernah tak di hati kita terdetik perasaan menyesal yang teramat kerana telah mensia-siakan masa lalu...
pernah bukan...
begitulah manusia...seringkali lupa...
entahlah..terkadang rasa seperti benar-benar mahu kembali ke masa lalu dan perbaiki kesilapan itu..
tetapi apa yg berlaku itu adalah takdir Allah keatas kita
Allah sudah menentukan itu adalah perkara terbaik yang patut berlaku atas diri kita...
cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku seolah-olah kita seperti menolak qada' dan qadar Allah..
kita sebagai hamba sepatutnya redha dan hadapi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan..
Allah memberikan kita akal supaya membolehkan kita membuat keputusan yang terbaik..
hakikatnya masa lalu itu adalah kesan daripada keputusan kita sendiri...
untuk apa menyalahkan dan terus-terusan berharap untuk kembali ke masa lalu..
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya...
dan Allah ingin mengajarkan aku tentang erti kehidupan..
kehidupan yang memerlukan setiap tindakan diteliti dengan sehabis baik sebelum melakukannya kerana setelah keputusan dibuat tiada apa yang dapat mengulang kembali masa lalu..
Allah seringkali mengingatkan kita tentang gambaran penyesalan manusia yang mensia-siakan kehidupan dunia seolah-olah hidup mereka di dunia kekal selamanya...
sedangkan kehidupan akhirat itulah yang pasti..
jika dulu aku lah insan yang tergolong dalam golongan yang tidak sebenar-benarnya menghayati perasaan penyesalan yang teramat kerana perbuatan sia-sia manusia di dunia..
kini Allah mendatangkan perasaan itu dalam keadaan yang amat tidak disangka-sangka..
peristiwa yang mengugah hati dan perasaan..perasaan kecewa kerana tindakan melulu tanpa berfikir panjang memberikan kesan yang terlalu besar...
Allah menguji hambanya kerana Allah tahu hambanya itu mampu...
inilah yang Allah ingin ajarkan padaku hamba yang selalu lupa..."merasakan Allah itu dekat dan sentiasa memerhatikan segala apa yang kita lakukan"
ya Allah hanya denganMu aku kuat...hanya denganMu aku mampu untuk terus melangkah..hanya denganMu aku merasa tenang...hanya denganMu..tiada yang lain..