Sungguh Allah sangat menguji hati ini,
Memujuk diri untuk redha,
Mengajar diri untuk sabar,
Membentuk jiwa untuk bersyukur,
Benar, tarbiyah daripada Allah itu benar-benar menguji..
Adakala kita jtuh trsungkur..
Kita meratap sepi
Kita menangisi nasib diri..
Bukan kecewa tetapi mencari kekuatan untuk bangkit kembali..
Kita cuma hamba yg lemah tanpa sedikit pun kekuatan..
Takdir ini telah tertulis..
Sebagai hamba usaha dan redha dgn ketentuannya sahaja pilihan yang ada..
Tidak salah punya impian..
Tidak salah berusaha mengejar mimpi
Namun jangan lupa meletakkn Allah sbgai sandaran..
Andai tersungkur bangkitlah..
Andai kecewa bersabarlah..
Sungguh masa depan bukan di tangan kita..
Yang digenggam cuma suatu mimpi
Yang diusaha cuma perancangan manusiawi
Tetapi Allah sahaja yg berhak menentukan..