Sunday, December 15, 2013

Seterik mentari di musim panas

Alhamdulillah..
The summer camp was ended..
Another memories to keep..
"Warm the ukhuwah and live the soul"
Semoga kekal hingga ke jannah insyaallah..

Sejujurnya program kali ini I'm not really focuses on the pengisian yang diberi
Tetapi another journey of pencarian diri..
Muhasabah diri yang terlalu banyak kurangnya..
Tepat sekali apa yg disampaikan seorang ustazah semasa sesi slot taharah..
Sejak kali pertama kita berikrar utk bersama diatas jalan ini..Allah akan sentiasa menarik kita utk terus berada disana..
Kita manusia yang banyak kelemahan..
Kadang-kadang wujud rasa malas, futur dan kelesuan iman..
Tetapi Allah masih menghadirkan peluang demi peluang utk menarik kita kembali..
Benar..inilah yg dirasakan sekian lama..
Despite of my dosa and segala kekhilafan Allah tetap memberi rahmatnya, Allah beri keampunan, Allah beri rezeki, Allah beri peluang..
Kita yg sebenarnya membutakan hati kita utk kembali menuju Allah..
Sungguh jalan menuju Allah itu mmg tidak ditabur mawar yg harum..
Kita pasti diuji...
Semakin kita cuba berpegang dan mencintai Allah semakin banyak lagi ujian yg Allah datangkan..
Mana mungkin cinta yang sejati itu tidak diuji..

This is "what people think bout me". Do u  have similar thought?
Well, first impression on me mmg kerap and most of the time pn people will say i'm serious and garang.. 
Susahnya nak ubah mimik muka ni supaya nampak manis...
Patutlah budak pun takut..
I love this game.. Sbb from here I know how much I had improved..
Before this dah pernah main but yet same comment..
Maksudnya i'm not making any improvement..
Alhamdulillah..ada seorang ukhti berkongsi tip bgaimana utk sentiasa nmpk manis..
Mudah saja..hiasi wajah dgn senyuman..
Tetap trsenyum..sedih ke kecewa ke marah ke senyum jer.. 
Praktis senyum dgn orang keliling kita..
Jgn pernah tertinggal seorang pn..
Senyum dan terus senyum.,
Lama-lama otot dimuka akan automatik senyum bila melihat orang lain...
Insyaallah will practice it..
Senyum itu sedekah..
Easy say than do..
But it is not impossible..
Keep trying..
Till then

Saturday, December 7, 2013

Pasti ada sesuatu tentang kehidupan ini..
Ianya bukanlah angan-angan kosong manusia..
Kita mengimpikan suatu kesempurnaan tanpa menyedari kekurangan adalah suatu fitrah bagi manusia..
Tidak mungkin ada yg sempurna..
Hanya pemilik alam semesta punya kesempurnaanya..
Kita merancang dan terus merancang..
Mengharapkan perancangan mnjadi kenyataan..
Hakikatnya qada' dan qadar illahi itulah yg pasti.,
Itulah sifat manusiawi mengejar sesuatu yg tidak dimiliki..
Mencintai sesuatu yg tidak kekal abadi...
Dunia ini sungguh suatu persinggahan utk menguji..
Yg menang pasti berhati-hati.,
Yang tewas sudah pasti hilang harga diri.,
Sungguh dunia menekan manusiawi.,
Bilakah islam kan bangkit kembali..
Aku muslim yang masih tidak punya kekuatan diri..
Kecundang tewas berkali-kali..
Aku ingin kembali..
Kembali mengejar cinta illahi
Cinta yg x mungkin luput di hati
Cinta menyubur motivasi
Meniup semangat utk terus berlari..
Berlari menuju destinasi yang pasti..
Aku ingin kembali..

Saturday, November 2, 2013

Kadang-kadang sukar mengungkapkn rasa..
Mengharapkan diri terus kuat melangkah..
Mengharapkan insan memahami namun pastinya ia hanya suatu mimpi..
Mana mungkin ada yang mengerti
Jika lisan tidak diungkapi
Mana mungkin ada yang mengerti jika hati yang meratapi..
Namun kasih illahi tiada bertepi
Mendengar dan mengetahui segala yang disembunyi..
Kerana itu DIA yang selayaknya dicintai insani..

Wednesday, October 23, 2013

Jangan pernah mimpi menggapai awan jika sikap seperti mat jenin
Berangan tanpa kesudahan lalu terjelepok ke tanah menyalahkan diri 
Jangan pernah mengharapkan rembulan menerangi gelap malam jika usaha mu seperti meneroka gua yang kelam 
mana mungkin ditemui sinar rembulan dilangit tinggi
Jangan pernah bercita-cita seluas hamparan bumi jika kudrat yang dicurahkan hanya sebesar titisan air..
Tak akan mampu membasahkan bumi yang tandus..

Wahai diri..
Acapkali memberi alasan..
Berkeluh kesah tanpa kesudahan..
Bermalas-malasan tanpa tujuan..
Merancang tanpa penelitian..
Berbicara tanpa sempadan..
Sikap tidak keruan..

Sungguh diri ini lupa hakikat kebenaran.,
Kematian yang menjadi suatu kepastian..

Friday, October 18, 2013

sungguh...
meletakkan keikhlasan dalam setiap perkara itu tidak mudah...
ia memerlukan mujahadah..
sungguh ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap...
tidak terzahir tetapi mampu dirasa..
sungguh menjadi insan yang ikhlas itu tidak mudah...
tatkala merasakan diri telah berbuat sesuatu kebaikan terdetik rasa "bangga"
sungguh...sukar menjaga hati yang satu...
mungkin sahaja semua amalan itu hanyalah sia-sia...

jika ikhlas mengapa perlu untuk memilih...
jika ikhlas pastinya semua amal lillahitaala...
jika ikhlas tidak perlu untuk disuruh...
jika ikhlas mengapa perlu kecewa
jika ikhlas mengapa perlu wujud rasa iri
jika berbuatlah apa sahaja kebaikan kerana mengharapkan hanya balasan daripada Allah

sungguh sukar menjadi mukhliseen...
aku ingin menjadi bunga agama..
menguntumkan senyuman bagi yang memiliki...
memberi haruman  insan disekeliling...
walau ia hancur ditangan yang tidak menghargai ia tetap kekal memberikan wangian di tangan yang menghancurkan..
berterus-terusan memberi manfaat..
begitulah seorang daie..

Monday, October 14, 2013

sungguh...dunia itu terus memukau penghuninya..
beruntunglah bagi mereka yang menjadikan dunia sebangai ladang akhirat..
beruntunglah bagi mereka yang menyedari dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan semata..
pastinya dunia menjadi medan mujahadah terbesar bagi insan-insan yang bertapak keimanannya...

terkadang aku tersungkur dan hanyut dengan dunia..
saban hari disibukkan dengan pelbagai urusan yang entah kemana...
hati dan jiwa sarat memikirkan hal-hal duniawi yang tidak pernah berhenti..
rela bersengkang mata dan menahan lapar demi menyudahkan sesuatu urusan yang sering menekan...
berbaloikah sebuah pengorbanan jika tiada kepastiaan mungkinkah adanya ikhlas dalam beramal..
mungkin sahaja cukup sekadar siap dan memenuhi syarat..
jika medan ilmu itu medan jihad..
berpeluangkah untuk membuat sekadar ada atau seolah-olah melepaskan batuk di tangga...
meletakkan ikhlas lillahitaala itu juga tidak mudah...
mungkin sahaja diri terlalu bergantung terhadap usaha sendiri sehingga mengabaikan suatu realiti hakiki...
"hanya Allah yang berhak memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki"

....................................................................end.....................................................................

aku cuma ingin berhenti seketika..
bukan untuk mencari kerehatan...
tetapi mencari kekuatan..
terlalu banyak impian yang terkubur...
bukan kerana tidak mampu..
tetapi diri yang seringkali meletakkan limitasi...
aku cuma ingin berhenti seketika...
mengumpul keazaman untuk terus melonjak...
dan melangkah dengan lebih berani...
dimanakah diri yang sentiasa punya keinginan untuk memperbaiki...
dimanakah diri yang tidak mengenal erti putus...
sungguh..
aku rindu tadhiyah seorang daie..
yang tidak pernah meletakkan sempadan keupayaannya...
kerana jauh di sudut hati...
"aku mampu"
untuk apa perlu kecewa dengan setiap rencana Illahi..kerana itu yang terbaik buatmu...
sekarang adalah masa untuk membuktikannya...
bukan kepada manusia..
tetapi kepada yang Maha Esa....