merenung siling...dan mula bermuhasabah..
hujung minggu yang sangat sarat dengan bebanan..
yang sesekali menggoyahkan kekuatan hati ini...
macam-macam kejadian yang berlaku
apabila sesuatu tanggungjawab itu digalas...
hendaklah kamu sedaya upaya melakukan..
dan letakkanlah ikhlas di tangga pertama...
dan soal ikhlas..kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak tafsirkan...
dan disitu jugalah diuji hati ini..
dicampak jauh rasa kecewa mahupun sedih...
siapalah yang layak nak tentukan hati dan keputusan seseorang..
melainkan pemilik hati-hati itu...
dan diri ini akan terus diuji...dan diuji...sehinggalah segala apa yang kamu katakan itu seperti mana realiti hakiki..
tercari-cari dalam diri..
kenapa lidah ini mudah sungguh berbicara...
tapi amalnya entah ke mana...
mula merasa rendah diri...dan sukar untuk mencari kekuatan motivasi...
mula wujud inferior terhadap bayang-bayang sendiri...
soal hati siapa yang tahu?
hanya DIA...
kadang-kadang mengharapkan manusia...seringkali kecewa yang datang....
tapi bila harapan itu diletakkan padaNYA..
syukur di atas kekuatan itu...
merubah diri itu sukar...apatah lagi merubah hati ini...
hati yang pernah luka...dan penuh dengan memori duka...
tapi semua itu berhikmah...
ujian daripadaNYA...
datang dalam keadaan yang kita sendiri tak sangka..
tetapi kupunjatkan kesyukuran ya Allah...
kerana MU aku berada di sini hari ini...
dan segala perancanganMU tidak pernah sia-sia
"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang biasa kamu seru, kecuali Dia." Al-Isra':67
ReplyDeleteBibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
ya Allah..jzkk adik..tak sangka..di saat hati ini mencari jawapan...tertulis ayat2 yang memadamkan resah hati ini..doakan diri ini terus kuat...insyaallah
ReplyDeletekrn DIAlah yg menggerakkan jari2 kita...yg membuka mulut kita...yg mengeluarkan suara kita...
ReplyDeletedgr lagu rahmat ujian by mestica =)
itu bukti Syaal dah buat kerjanya....
ReplyDeleteitulah yang akan dirasakn bila mula melakukan kerja-kerja ini....
dan itulah tarbiyahNya syaal....
sbb kl akk sndiri, x rasa sgt pon trbiyah yg hebat mcm ni dlm usrah (atau liqa' itu sbnrnye).......
hnya akn dpt bila dah start buat kerja-kerja laen....
be strong n appreciate every single pieces of tarbiyah that He give....
mmg tak rasa manis utk mgatakan ianya sweet
tp ia sweet kerna ianya tak manis.....
ambik n olah ujian itu mnjadi penguat smgat.... ^_^