Terlupa berpijak di bumi realiti
Mengejar sesuatu yang tak pasti
Menunggu saban hari menanti yang ingin memiliki
Tetapi ada yg lebih pasti
Hari ini esok lusa mungkin kan kembali pergi menghadap illahi
Entah apa yg ingin dikejari
Putaran duniawi seakan tidak pernah mengerti
Bahagia itu acap dicemari
Oleh insan yg tak pernah menghargai
Kasih sayang kesetiaan dijual beli oleh cinta yg terhalangi
Melakar memori yang menghantui
Taubat hamba menjadi sangsi
Mungkinkan diterima atau ditolak tepi
Sujud menghadap yg maha mengampuni
Mengasihi hamba tanpa berbelah bagi
Aku ingin kembali
Tetapi sejarah hitam terus mengekori
Bayangan silam tidak pernah berhenti..
Aku pendosa yg ingin kembali
Dan aku tidak akan pernah berhenti
Kerana aku tahu ini adalah realiti bukan fantasi
Dan aku tahu Allah ingin menguji
Mengapa dinilai tanggapan manusia
Sedangkan Allah lebih utama..
Kerana aku hanyalah hamba yg selalu berdosa