Yang pasti ia bukan sesuatu yang disukai,
Termenung dan terus memujuk diri,
Adakah dunia yang ingin engkau miliki?
Atau syurga illahi yg diingini?
Hati yakin syurga itulah yang dikejari...
Jika itu yang sebenarnya mengapa perlu kecewa dengan dunia yang tidak memihak padamu,
Lupakah yg Allah telah banyak mencukupkan rezeki buatmu,
Memberi kemudahan tatkala kesusahan..
Jika aku mampu menebak rasa pasti kucari jalan keluar..
Tapi aku sendiri tak pasti apa yg di hati..
Kualunkn kalimah suci illahi memujuk diri..
Berkali-kali..
Seolah-olah tidak mahu berhenti..
Kerana aku tak ingin hati ini menangisi...
Merasa sakit pada sesuatu yang tak diketahui..
Bukan menolak qada' dan qadar illahi
Tapi syaitan seringkali iri..
Membuat diri hilang pendirian hakiki..
Sungguh hati ini banyak komplikasi..
Pada perkara yang tak pasti usah engkau bersedih hati..
Bukankah syurga menanti?
No comments:
Post a Comment