Aku harus belajar
Belajar menjadi kuat
Belajar menjadi tabah
Belajar untuk redha
Dan belajar untuk terus melangkah dan
meninggalkan semua kenangan lalu
Hari ini aku nekad
Aku bukanlah seorang yang lemah jiwanya
Aku harus bangkit dan terus berjuang
Redha dengan ketentuan Illahi bermaksud aku
harus melepaskan semuanya tanpa sekelumit perasaan suuzon
Biarpun sukar biarpun perit aku si perantau
kehidupan harus tabah
Kehidupan ini penuh ranjau dan onak duri
Bukankah dunia ini hanya senda gurau
Allah mengujimu kerana engkau insan terpilih
Terpilih untuk melalui ujiannya
Jika hari ini engkau mampu esok lusa engkau
pasti mampu untuk hadapi cabaran yang lebih hebat lagi
Bukankah engkau meyakini, takdir Allah buatmu
adalah yang terbaik
Dan sekarang saat dirimu diuji mengapa engkau
menafikan janji Allah itu?
Nah, sekarang masanya untuk buktikan apa yang
engkau perkatakan
Ketentuan Allah adalah yang terbaik buatmu
Mungkin ini adalah jawapan Allah untuk doa yang
dipinta sekian lama
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus dan jalan yang
Engkau redhai,
Inilah jalannya, laluilah dengan hati yang
lapang
Sesungguhnya Allah mengasihi mu,
Allah itu kan maha pengasih maha penyayang
Tiada apa lagi yang hendak diragukan
Kuatlah wahai hati, teruslah tabah
Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah
Allah sentiasa ada buatmu
Jika insan lain menyakitimu, Allah ada untuk
memberi ketenangan buatmu
Jika insan lain tidak mengendahkan mu, Allah ada
untuk mendengar rintihanmu
Jika insan lain melupakanmu, Allah ada
menunggumu setiap masa
Manusia itu kadang-kadang buta, buta menilai
kasih yang tiada tandingannya
Allah ampunkan hambamu yang buta ini
Bimbinglah aku kejalan yang benar jalan yang
Engkau redhai
Aku hamba yang buta menilai cintaMu
Ampunkanlah aku
No comments:
Post a Comment