Perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik
Menyerahkan segala urusan dan bertawakkal
terhadap segala keputusan hanya kepada Allah adalah sebaik-baik perkara dalam
kehidupan ini
Diuji dan teruji dengan pelbagai ujian
dalam kehidupan mampu membuatkan diri ini lemah untuk terus melangkah
Namun Allah adalah sebaik-baik pelindung
dan hanya Allah yang mampu memberi ketenangan
Dalam sendu dan tangis masih ada sekelumit
tabah yang dicampakkan Allah dalam hati ini
Sisa-sisa ketabahan itulah yang memberi
kekuatan untuk terus berdiri
Manusia ini pelbagai ragamnya
Mungkin hari ini dia adalah insan yang
menyokong tetapi esok lusa siapa tahu dialah yang membencimu dan membuangmu
dari kehidupan
Mengharapkan manusia hanyalah sia-sia
Tetapi meletakkan Allah di hati dan hanya
Allah satu-satunya mampu meberi jaminan yang pasti
Mengharapkan kasih manusia, mengharapkan
simpati insan yang sifatnya lupa, meletakkan janji pada yang acapkali
memungkiri hanya omong kosong dunia
Allah tahu apa yang terbaik buatmu
Tiada apa yang perlu disesalkan
Biar manusia membencimu, biarkan mereka
membuangmu
Tetapi jangan sampai Allah meninggalkanmu
Alhamdulillah diatas segala nikmatmu ya
Allah
Alhamdulillah kerana menghadirkan insan-insan
yang sentiasa menyokong diri ini dikala susah dan senang
Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk
kembali padaMu
Alhamdulillah diatas rahmat dan kasih
sayangmu ya Allah Alhamdulillah diatas segala yang berlaku dalam hidup ini
Ya Allah matikanlah aku bersama para
syuhada yang memperjuangkan agamamu
Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala
isi hati hambamu ini
Tabahkanlah hati ini ya Allah
No comments:
Post a Comment