Pernah suatu ketika kita merasakan hidup
kita ni bukanlah lama
Sekejap cuma, tetapi perasaan-perasaan tu
hadir selalunya sebelum tidur
Kadang-kadang takut untuk tidur, mungkin
ini tidur yang merehatkan sebelum menyambung tugas-tugas apabila terjaga nanti
dan mungkin juga tidur yang selamanya
Jika pergi selamanya, cukup ker amalan.
Hidup yang kadang-kadang melalaikan hanyut entah
kemana, iman yang sedikit cuma membimbangkan, seolah-olah tak bersedia untuk ke
sana tidak cukup persiapan untuk menghadapNya
Ya Allah lemah rasa diri ini
Melihat telatah manusia di sekeliling cukup
untuk menggugah diri
Melihat dosa-dosa silam mengganggu lenaku
Mungkinkah diampunkan mungkin juga tidak
Bimbang..
Mimpi semalam menghantui..
Allah itu maha pengampun maha penyayang
maha mengasihani
Bertaubatlah Itu jalan kembali
Bisikan halus dari serpihan baki keimanan
memanggil diri
Ya Allah itu maha pengampun, kembalilah
Allah sayangkan kamu, kerana itu Allah memanggilmu kembali
Pulanglah ke jalan yang benar
Logik akal mula membuat keputusan, perasaan
gusar, bimbang dan ragu bercampur -baur
Yakinlah dengan Allah, janji Allah itu
pasti
Iye,
hari ini aku harus tetap membuat keputusan
Ini jalan yang kuyakini Al-haq tidak boleh
bercampur dengan al-hawa
Hanya satu Ini pilihanku dan aku
bertanggungjawab terhadap keputusan ini
Syaitan itu licik dan orang yang beriman
itu berstrategi
Kuatlah wahai hati dan tetaplah tsabat dan
tabah menempuh jalan yang panjang ini
Untuk insan-insan yang demikian, diri ini
banyak melakukan kesilapan ampun dan maaf diatas sikap dan perbuatan yang
melampui batas dan mengguris hati dan perasaan Segala silap dan salah itu
datangnya daripada diri ini sendiri semoga Allah mengampuni diri ini dan
kalian. Insyaallah
beautiful, kak shaal
ReplyDelete