Thursday, October 18, 2012

Terima kasih ukhti

Walau ujian melanda kita saban waktu
Tidak cukupnya wang, tidak cukupnya masa, banyak tanggungan,semuanya dimudahkan Allah, hanya kerana kita yakin bahawa, Allah akan bantu kita jika kita membantu Dia.

tatkala aku melihat wajahmu, aku ingin memegang jemarimu agar kita kembali bersama di jalan ini. Aku mahu kecapi semula manisnya jalan ini bersamamu, agar kita dapat bersama di syurga nanti.

Aku mahu kau rasai kepuasannya berada di atas jalan ini. Jalan cinta para mujahid, di mana akan kau teguk rasa penuh dan keseronokan luar biasa.

Akhirnya kamu akan nampak jalan di setiap permasalahan dirimu.

Kerana dirimu, terlalu hebat buat diriku.

Andainya aku dapat menarikmu kembali, sudikah kau bersamaku semula?




Jzkk ukhti.
Andai diri ini menjauh.maafkanlah kerana bukan pintaku untuk menyendiri
Bukan juga tidak sudi bertanya khabarmu ya ukhti tetapi terkadang ujian itu datang menduga tanpa kita meminta
Terumbang-ambing di lautan gelora itu lumrah bagi insan seperti aku.
Mungkin ini kekuatan supaya nanti diri ini mampu terus berdiri
Usah bimbang usah risau kerana diri ini sentiasa merinduimu kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hatiku ini