Friday, September 13, 2013

alhamdulillah tsumma alhamdulillah..
jz finished meeting with supervisors..
it's a weekly activity
meet them  and update yourself on what's going on that week...
though i have to go through it every friday...i can't avoid myself from being so nervous..
well...its over for this week...
alhamdulillah...6 more days of struggle before meeting them again...  :)

back to work...
tapi rasa macam nak menulis...
mencari semangat..

seringkali merasakan hidup ini terlalu singkat untuk dikecewakan..
terlalu banyak perkara yang harus difikirkan..
masalah umat masalah masyarakat sekeliling...
dan kita acapkali disibukkan dengan urusan dunia...
iye...dunia harus diambil peduli...
tetapi cukuplah dengan meletakkan dunia di tangan dan bukan di hati..
mudah...
klise...
hakikatnya...membuang rasa cinta pada dunia itu terlalu sukar...
sesekali kita inginkan kemewahan dunia...
punyai pangkat dan harta,
membeli segala yang diinginkan
punyai keluarga..
punya kebahagian fizikal...
dan nikmat-nikmat dunia ini terlalu indah untuk dilepaskan..
bimbang akan merasakan ketidakcukupan...
bimbang hidup tidak sempurna...
bagaimana pula pandangan masyarakat sekeliling
mampukah kita hadapinya...

begitulah lumrah...
bimbang akan urusan dunia..
berusaha menjadikan ianya sempurna..
tetapi...
mengabaikan apa yang sepatutnya...


Allah menjadikan kematian itu satu rahsia...
dan kerana kematian itu suatu rahsia seharusnya diri sentiasa perlu dipersiapkan...
seolah-olah hari esok tidak pasti lagi..
 mungkinkah akan kita lalui...

dan teruslah bersemangat dan berusaha..
pastikan setiap langkahmu dikembalikan pada yang Esa...
jika bukan kerana keizinan Allah pastinya kita tidak akan pernah mengecapinya...
dan atas kasih sayang dan rahmat Allah, segalanya dipermudahkan bagimu...
syukurilah...
mungkin hari ini Allah memberimu peluang...
tidak pasti esok mungkinkah Allah tetap melimpahkan rahmat buatmu...
mungkin sahaja Allah menarik segalanya kerana Allah ingin menguji sejauh mana kesyukurannmu..
kerana kita manusia tidak punya apa-apa...
walau sedikit pun kuasa...
kerana kita manusia hanyalah hamba yang lemah...
tanpa Allah segalanya mustahil...
dan kerana Allah itu Maha Esa segalanya tidak akan pernah mustahil...kun fa ya kun...

Rabbi yassir wala tuassir..rabbi tham min bi khair
ya Allah permudahkanlah jangan engkau sulitkan, ya Allah akhirilah segalanya dengan kebaikan