Saturday, April 21, 2012

umur dah hampir-hampir mencecah angka 22...tinggal beberapa bulan je lagi...tiba-tiba rasa macam dah lama sangat hidup kat dunia ni...
tapi macam tak ada apa-apa amalan pun rasa layak nak dijadikan bekalan ke sana...
dalam sibuk-sibuk melunaskan tanggungjawab duniawi..terfikir apalah sangat semua ni...
yang nak bawak balik ke sana tu yang sepatutnya diutamakan...
tapi menuntut ilmu juga jihad kan....betulkan niat semuanya adalah ibadah kepadaNya...
ramai kawan-kawan yang dah menapak ke satu fasa baru dalam kehidupan mereka..
turut gembira dan semoga perkahwinan dan keluarga yang dibina dirahmati Allah sentiasa...
ada juga lah rakan-rakan yang bertanyakan khabar diri ini...dan pastinya diselitkan dengan satu soalan cepu emas..."bila lagi nak kawin...kawan kita dah ramai yang kawin"
aish...rumit soalan ni..jodoh ajal maut tu semua dah ditetapkan...
kita pun tak tahu...sempatkah melangkah ke fasa baru tu..
lagipun tanggungjawab dan amanah yang digalas di bahu sekarang ni rasa dah tak terpikul...
mungkin perlu untuk selesaikan satu persatu...
biarlah takdir Allah dan masa yang menentukan...
"usaha itu juga perlu..".
memang...usaha juga perlu..bukankah berdoa itu juga suatu usaha...
bak kata seorang sahabat..eh sahabat ke? kenalan yang hanya dikenali namanya bukan empunya diri
"biarlah hati ini dipagari"
dipagari dengan apa?
wajiblah dengan iman....^_^
maka dengan itu...haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal yang mantap...
sebab semua itu bukanlah cerita dongeng yang indah-indah belaka...
bukan juga cerita novel yang suwit muwit...
ini adalah realiti kehidupan yang menuntut pengorbanan yang banyak...
sekian sahaja tazkirah pendek untuk diri sendiri..
moga terhantuk banyak-banyak ye cik syahirah~


No comments:

Post a Comment