Wednesday, May 9, 2012

bila banyak berfikir mulalah minda rasa penat
bila banyak kerja mulalah badan rasa lesu
tapi
bila punya masa lapang jarang sekali nak dihargai
manusia...
lumrahnya begitu..
susah untuk menghargai segala apa nikmat yang Allah kurniakan
acapkali merungut..
sedikit sekali bersyukur...

secara tak sengaja tertengok video perkahwinan awwal dengan scha..
tak tahu pun mereka dah kahwin...baru je tahu...
ketinggalan nak update cerita-cerita artis ni sebab kurang berminat dan terlalu banyak gosip
masalah diri sendiri pun tak selesai...masalah masyarakat yang meruncing pun seperti diabaikan..
dunia...
"mewah" itu perkataan yang paling sesuai nak gambarkan majlis perkahwinan zaman sekarang...
dah jadi macam kemestian kan...
jauh dalam hati teringin....
tapi lagi jauhhhhhhhhhhhhhh dalam hati...
tak apa...dekat syurga nanti semuanya jauh lebih indah...(kena berusaha membuat amal seorang ahli syurga ni) ^_^
 bila fikir-fikir...
kenapalah nak sangat dengan semua tu kan...
sedangkan Allah nak bagi yang terbaik untuk kita...

".....kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Allah maha perkasa maha bijaksana." (Al-Anfal:67)
tengok tu...Allah dah jelaskan dalam al-quran Allah nak bagi kita pahala akhirat sebab Allah tahu dekat sana nanti jauhhhhhhhhhh lebih baik...tak akan pernah tergambar indahnya...
sebab itulah para sahabat bermati-matian tegakkan agama islam dan mengejar syahid kerana mereka tahu... syurga tu nanti tiada tandingan...biarlah bersusah-susah sekarang...biarlah teruk sekarang...supaya disana nanti kita mendapat rehat yang panjang...
bersyukur dengan setiap nikmat yang ada...
walaupun Allah beri kita kesusahan tapi semua tu tak menghalang kita mendekati DIA kan...
Allah sentiasa ada...
yakinlah...
pasti kita nanti-natikan pertemuan dengan DIA...
pencipta kita...
tapi nak jumpa Allah ada syaratnya...
berusaha untuk jadi ahli syurga...syurga yang paling tinggi...syurga firdaus...
boleh jumpa Rasulullah..para sahabat...yang seringkali namanya meniti dibibir tatkala menceritakan tentang perjuangan mereka...
rindu...sangat rindu...
nak bersama mereka pun ada syaratnya...
berusaha menjadi ahli syurga...syurga tertinggi...syurga firdaus...
tak salah untuk bercita-cita tinggi...
semuanya bukan terletak pada pincangnya permulaan tetapi baiknya pengakhiran...
insyaallah..

sebagai peringatan buat diri yang lupa dan motivasi bersama

No comments:

Post a Comment