Wednesday, December 12, 2012

Telah sekian lama menyepikan diri
Begitulah adat jauh dari nikmat wifi yang berdesup-desup seperti di Australia
Jarang sekali disyukuri sedangkan nikmat Allah itu itu tidak terkira
Setiap satunya dipinjam buat manusia yang acapkali lupa Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan di Malaysia Lupa bagaimana rasanya berada jauh di negara orang, cuaca yang terkadang dingin sampai menyucuk tulang, terkadang panas bagaikan gurun sahara.. Allah..nikmatnya berada di negara sendiri, buruk macam mana sekalipun tetap yang terbaik Walau macam mana terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang menjawat title sebagai rakyat Malaysia itulah hakikatnya Siapa yang harus mengubah semua ini kalau bukan kita? Sikap manusia bukannya boleh diubah macam tekan suis on off,
Semuanya perlukan tarbiyah, perubahan dalaman sehingga menghasilkan luaran (sikap) yang baik
Bukannya herdikan,cacian, kutukan yang boleh mengubah sikap
Mungkin perasaan "marah", "benci" itu wujud tetapi itu bukan penyelesaiannya
Kadang-kadang buntu, sampai bila kita mahu begini? Tanpa sedar semakin lama diri ini juga "terjebak" dengan semua ini
Fenomena yang ajaib
Seakan-akan diseru-seru untuk turut hanyut, perlahan-lahan, terlalu halus..
Namun diri ini dikejutkan dari angan-angan
Fantasi itu lenyap satu persatu.. Berhari-hari mencari diri, mencari semangat
Sukar..memang terlalu sukar.. Berdiri sendiri, jatuh bangun semuanya sendiri
Betullah kata-kata kita tak mampu untuk terus bersendiri melakukan kebaikan selagi iman kita hanya senipis kulit bawang dan mungkin lebih nipis lagi..
Kadang-kadang rasa terlalu hipokrit,rasa tidak menjadi diri sendiri, rasa seperti menjadi Dr.Jekyll and Mr.Hyde, keliru yang manakah satu diri sebenar
Fitrah manusia memang segalanya baik, namun disebabkan hawa' dan nafs sedikit demi sedikit kebaikan itu terhakis
Kita tahu tetapi seringkali buntu untuk memulakan langkah
Membiarkan keadaan yang merubah diri Menunggu kebaikan datang bergolek supaya diri boleh turut serta Sepatutnya langkah ini laju seperti derapan kaki kuda-kuda perang yang laju meluncur memerangi musuh-musuh bukan perlahan dan terbantu dan mungkin juga terhenti dek menunggu kenderaan datang menjemput dan masih menunggu sehingga senja berlalu
Aaarggghh..diri yang asyik terlupa dan terlena
Ikhlas mu itu belum cukup lagi,
Untuk apa kau melakukan semua ini?
Supaya nampak gah di mata manusia?
Supaya engkau tidak merasa ketinggalan?
Supaya "level" mu terus meningkat dan tidak kaku di satu tahap?
Sedangkan keikhlasan itu dicampak jauh..
Seperti mahu memulakan segalanya semula
Menjadi diri sendiri yang lebih baik Bukan insan hipokrit yang tidak mengenal diri
Bukan hidup dalam keterpaksaan manusia
Ada misi yang lebih penting..
Lupakan kisah lalu
Kerana hari esok belum ditentukan lagi buatku
Diri ini yang bakal mencorakkannya dengan lukisan-lukisan indah
Sedangkan Allah sentiasa menunjukkan jalan buat hambanya yang mencari kebaikan
Teruskanlah pencarian..
Semoga dikau sempat menemui jalan yang lurus..
Selamat tinggal lorong-lorong gelap dan kotor..
Semoga nur illahi akan menyinari hidup ini.. Insyaallah

No comments:

Post a Comment