Tuesday, January 15, 2013

Tetaplah tabah



Perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik
Menyerahkan segala urusan dan bertawakkal terhadap segala keputusan hanya kepada Allah adalah sebaik-baik perkara dalam kehidupan ini
Diuji dan teruji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan mampu membuatkan diri ini lemah untuk terus melangkah
Namun Allah adalah sebaik-baik pelindung dan hanya Allah yang mampu memberi ketenangan
Dalam sendu dan tangis masih ada sekelumit tabah yang dicampakkan Allah dalam hati ini
Sisa-sisa ketabahan itulah yang memberi kekuatan untuk terus berdiri
Manusia ini pelbagai ragamnya
Mungkin hari ini dia adalah insan yang menyokong tetapi esok lusa siapa tahu dialah yang membencimu dan membuangmu dari kehidupan
Mengharapkan manusia hanyalah sia-sia
Tetapi meletakkan Allah di hati dan hanya Allah satu-satunya mampu meberi jaminan yang pasti
Mengharapkan kasih manusia, mengharapkan simpati insan yang sifatnya lupa, meletakkan janji pada yang acapkali memungkiri hanya omong kosong dunia
Allah tahu apa yang terbaik buatmu
Tiada apa yang perlu disesalkan
Biar manusia membencimu, biarkan mereka membuangmu
Tetapi jangan sampai Allah meninggalkanmu
Alhamdulillah diatas segala nikmatmu ya Allah
 Alhamdulillah kerana menghadirkan insan-insan yang sentiasa menyokong diri ini dikala susah dan senang
Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk kembali padaMu
Alhamdulillah diatas rahmat dan kasih sayangmu ya Allah Alhamdulillah diatas segala yang berlaku dalam hidup ini
Ya Allah matikanlah aku bersama para syuhada yang memperjuangkan agamamu
 Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala isi hati hambamu ini
Tabahkanlah hati ini ya Allah

No comments:

Post a Comment