Wednesday, December 12, 2012

Telah sekian lama menyepikan diri
Begitulah adat jauh dari nikmat wifi yang berdesup-desup seperti di Australia
Jarang sekali disyukuri sedangkan nikmat Allah itu itu tidak terkira
Setiap satunya dipinjam buat manusia yang acapkali lupa Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan di Malaysia Lupa bagaimana rasanya berada jauh di negara orang, cuaca yang terkadang dingin sampai menyucuk tulang, terkadang panas bagaikan gurun sahara.. Allah..nikmatnya berada di negara sendiri, buruk macam mana sekalipun tetap yang terbaik Walau macam mana terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang menjawat title sebagai rakyat Malaysia itulah hakikatnya Siapa yang harus mengubah semua ini kalau bukan kita? Sikap manusia bukannya boleh diubah macam tekan suis on off,
Semuanya perlukan tarbiyah, perubahan dalaman sehingga menghasilkan luaran (sikap) yang baik
Bukannya herdikan,cacian, kutukan yang boleh mengubah sikap
Mungkin perasaan "marah", "benci" itu wujud tetapi itu bukan penyelesaiannya
Kadang-kadang buntu, sampai bila kita mahu begini? Tanpa sedar semakin lama diri ini juga "terjebak" dengan semua ini
Fenomena yang ajaib
Seakan-akan diseru-seru untuk turut hanyut, perlahan-lahan, terlalu halus..
Namun diri ini dikejutkan dari angan-angan
Fantasi itu lenyap satu persatu.. Berhari-hari mencari diri, mencari semangat
Sukar..memang terlalu sukar.. Berdiri sendiri, jatuh bangun semuanya sendiri
Betullah kata-kata kita tak mampu untuk terus bersendiri melakukan kebaikan selagi iman kita hanya senipis kulit bawang dan mungkin lebih nipis lagi..
Kadang-kadang rasa terlalu hipokrit,rasa tidak menjadi diri sendiri, rasa seperti menjadi Dr.Jekyll and Mr.Hyde, keliru yang manakah satu diri sebenar
Fitrah manusia memang segalanya baik, namun disebabkan hawa' dan nafs sedikit demi sedikit kebaikan itu terhakis
Kita tahu tetapi seringkali buntu untuk memulakan langkah
Membiarkan keadaan yang merubah diri Menunggu kebaikan datang bergolek supaya diri boleh turut serta Sepatutnya langkah ini laju seperti derapan kaki kuda-kuda perang yang laju meluncur memerangi musuh-musuh bukan perlahan dan terbantu dan mungkin juga terhenti dek menunggu kenderaan datang menjemput dan masih menunggu sehingga senja berlalu
Aaarggghh..diri yang asyik terlupa dan terlena
Ikhlas mu itu belum cukup lagi,
Untuk apa kau melakukan semua ini?
Supaya nampak gah di mata manusia?
Supaya engkau tidak merasa ketinggalan?
Supaya "level" mu terus meningkat dan tidak kaku di satu tahap?
Sedangkan keikhlasan itu dicampak jauh..
Seperti mahu memulakan segalanya semula
Menjadi diri sendiri yang lebih baik Bukan insan hipokrit yang tidak mengenal diri
Bukan hidup dalam keterpaksaan manusia
Ada misi yang lebih penting..
Lupakan kisah lalu
Kerana hari esok belum ditentukan lagi buatku
Diri ini yang bakal mencorakkannya dengan lukisan-lukisan indah
Sedangkan Allah sentiasa menunjukkan jalan buat hambanya yang mencari kebaikan
Teruskanlah pencarian..
Semoga dikau sempat menemui jalan yang lurus..
Selamat tinggal lorong-lorong gelap dan kotor..
Semoga nur illahi akan menyinari hidup ini.. Insyaallah

Thursday, October 18, 2012

Terima kasih ukhti

Walau ujian melanda kita saban waktu
Tidak cukupnya wang, tidak cukupnya masa, banyak tanggungan,semuanya dimudahkan Allah, hanya kerana kita yakin bahawa, Allah akan bantu kita jika kita membantu Dia.

tatkala aku melihat wajahmu, aku ingin memegang jemarimu agar kita kembali bersama di jalan ini. Aku mahu kecapi semula manisnya jalan ini bersamamu, agar kita dapat bersama di syurga nanti.

Aku mahu kau rasai kepuasannya berada di atas jalan ini. Jalan cinta para mujahid, di mana akan kau teguk rasa penuh dan keseronokan luar biasa.

Akhirnya kamu akan nampak jalan di setiap permasalahan dirimu.

Kerana dirimu, terlalu hebat buat diriku.

Andainya aku dapat menarikmu kembali, sudikah kau bersamaku semula?




Jzkk ukhti.
Andai diri ini menjauh.maafkanlah kerana bukan pintaku untuk menyendiri
Bukan juga tidak sudi bertanya khabarmu ya ukhti tetapi terkadang ujian itu datang menduga tanpa kita meminta
Terumbang-ambing di lautan gelora itu lumrah bagi insan seperti aku.
Mungkin ini kekuatan supaya nanti diri ini mampu terus berdiri
Usah bimbang usah risau kerana diri ini sentiasa merinduimu kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hatiku ini


Monday, September 10, 2012

Berlari atau tertinggal

Menarik nafas dalam-dalam..
Membaca bait ayat satu persatu..
Suatu perasaan menyerbu..
Wahai hati..apa yang kau rasa?
Satu perasaan tanpa kata
Kecewa?
Untuk apa perlu kecewa?
Sedih?
Atas alasan apa perlu bersedih
Memilih untuk berada di sini bererti redha dengan ketetapan illahi
Untuk terasa hati jauh sekali..
Mungkin akan berjauh hati tetapi insan yang meletakkan iman sebagai asasnya tidak akan bertindak melulu..
Think before you act
Dont let your emotion conquer your rational..
Rasa ketinggalan tapi tidak mungkin akan persoalkan..
Cukuplah satu bait kata nasihat yang mampu menutup mulut ini daripada terus berkata-kata..
Tersentak..
Biarlah diri ini menjadi diri sebenar.
Biarlah acuan itu terbentuk oleh tangan sendiri
Biarlah diri ini mendidik hati yang rapuh ini supaya tetap teguh walau apa pun ujian melanda..
Yang menilai itu bukan manusia
Hanya Allah..
Yang mengetahui segala sesuatu itu bukan manusia
Hanya Allah..
Yang mengetahui segala yang terbaik itu bukan manusia
Hanya Allah
Kita manusia hanya berusaha dan lakukan yang terbaik..
Lajunya larian..mahupun perlahan sekalipun..selagi mana kaki ini melangkah dan berpijak di muka bumi Allah ini..matlamatnya cuma satu beribadah kepadaNYA dan menjadi khalifah di muka bumi ini..
Strategi dan cara mungkin berbeza namun selagi mana misinya tetap serupa..Allah yang selayaknya menilai usaha kita ini..

Tiada yang dapat memberi ketenangan..
Hanya Dia yang maha Esa..
Wahai hati bersabarlah..

Thursday, September 6, 2012

Kiddies

Mereka terlalu comel untuk tidak dilayan..
I wish I have one
I love kids so much
Ooo..so cute..
Boleh order satu tak?

Ku berlari

Kita berlari mengejar dunia tapi dunia semakin jauh meninggalkan kita..
Sedikit pun dunia tidak menoleh kebelakang menunggu kita..
Kita terus berlari dengan harapan dunia mengasihani kita lalu berhenti dan memberikan segala apa yang kita mahukan di dunia ni..harta,cinta,wang ringgit,kemewahan,kejayaan,pekerjaan dan segala-galanya yang mampu memuaskan al-hawa'..
Sayang sekali dunia tidak begitu..
Semakin dikejar dunia..semakin lelah manusia..
Ibarat berlari tanpa matlamat..perlumbaan tanpa garisan penamat..sia-sia
Terhenti sejenak.mungkin diri ini juga begitu
Terjebak dengan kitaran robot
Manusia tak akan mampu memberikan ketenangan.
Semakin jauh diri ini pergi..terasa semakin kosong dalam diri..
Sepi tanpa sebab..
Puas dicari..
Buntu berhari-hari..

" manusia ini tidak memerlukan apa-apa yang lain melainkan Allah"

Inilah jawapannya.Allah bagi jawapan saat diri ini tenggelam melalui rancangan tanyalah ustaz.

Allah tahu semua yang kita perlukan. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu setiap sesuatu. Cukuplah Allah.

When we depend only on Allah, dont worry about your future, Allah will always give you the best. Believe it.

Do you believe?

Monday, September 3, 2012

Regret

Sedangkan ilmu adalah mengetahui besarnya bahaya dosa, dan dosa merupakan penghalang di antara hamba dan seluruh yang disenanginya. Jika dia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya. Dan dia merasakan kepedihan kerana kehilangan yang dia cintai. Kerana hati, ketika ia merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkn oleh perbuatannya, nescaya ia akan menyesali perbuatannya itu.
Dan perasaan pedih kehilangan yang dicintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain iaitu tekad dan kemahuan untuk mengerjakan apa yang seharusnya sekarang dan akan datang. Tindakan yang dilakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkan ia kehilangan yang dia cintai sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya jika ia dapat ditebus atau menggantinya