Monday, October 14, 2013

sungguh...dunia itu terus memukau penghuninya..
beruntunglah bagi mereka yang menjadikan dunia sebangai ladang akhirat..
beruntunglah bagi mereka yang menyedari dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan semata..
pastinya dunia menjadi medan mujahadah terbesar bagi insan-insan yang bertapak keimanannya...

terkadang aku tersungkur dan hanyut dengan dunia..
saban hari disibukkan dengan pelbagai urusan yang entah kemana...
hati dan jiwa sarat memikirkan hal-hal duniawi yang tidak pernah berhenti..
rela bersengkang mata dan menahan lapar demi menyudahkan sesuatu urusan yang sering menekan...
berbaloikah sebuah pengorbanan jika tiada kepastiaan mungkinkah adanya ikhlas dalam beramal..
mungkin sahaja cukup sekadar siap dan memenuhi syarat..
jika medan ilmu itu medan jihad..
berpeluangkah untuk membuat sekadar ada atau seolah-olah melepaskan batuk di tangga...
meletakkan ikhlas lillahitaala itu juga tidak mudah...
mungkin sahaja diri terlalu bergantung terhadap usaha sendiri sehingga mengabaikan suatu realiti hakiki...
"hanya Allah yang berhak memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki"

....................................................................end.....................................................................

aku cuma ingin berhenti seketika..
bukan untuk mencari kerehatan...
tetapi mencari kekuatan..
terlalu banyak impian yang terkubur...
bukan kerana tidak mampu..
tetapi diri yang seringkali meletakkan limitasi...
aku cuma ingin berhenti seketika...
mengumpul keazaman untuk terus melonjak...
dan melangkah dengan lebih berani...
dimanakah diri yang sentiasa punya keinginan untuk memperbaiki...
dimanakah diri yang tidak mengenal erti putus...
sungguh..
aku rindu tadhiyah seorang daie..
yang tidak pernah meletakkan sempadan keupayaannya...
kerana jauh di sudut hati...
"aku mampu"
untuk apa perlu kecewa dengan setiap rencana Illahi..kerana itu yang terbaik buatmu...
sekarang adalah masa untuk membuktikannya...
bukan kepada manusia..
tetapi kepada yang Maha Esa....
 


No comments:

Post a Comment