Friday, October 18, 2013

sungguh...
meletakkan keikhlasan dalam setiap perkara itu tidak mudah...
ia memerlukan mujahadah..
sungguh ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap...
tidak terzahir tetapi mampu dirasa..
sungguh menjadi insan yang ikhlas itu tidak mudah...
tatkala merasakan diri telah berbuat sesuatu kebaikan terdetik rasa "bangga"
sungguh...sukar menjaga hati yang satu...
mungkin sahaja semua amalan itu hanyalah sia-sia...

jika ikhlas mengapa perlu untuk memilih...
jika ikhlas pastinya semua amal lillahitaala...
jika ikhlas tidak perlu untuk disuruh...
jika ikhlas mengapa perlu kecewa
jika ikhlas mengapa perlu wujud rasa iri
jika berbuatlah apa sahaja kebaikan kerana mengharapkan hanya balasan daripada Allah

sungguh sukar menjadi mukhliseen...
aku ingin menjadi bunga agama..
menguntumkan senyuman bagi yang memiliki...
memberi haruman  insan disekeliling...
walau ia hancur ditangan yang tidak menghargai ia tetap kekal memberikan wangian di tangan yang menghancurkan..
berterus-terusan memberi manfaat..
begitulah seorang daie..

No comments:

Post a Comment