Wednesday, May 9, 2012

bila banyak berfikir mulalah minda rasa penat
bila banyak kerja mulalah badan rasa lesu
tapi
bila punya masa lapang jarang sekali nak dihargai
manusia...
lumrahnya begitu..
susah untuk menghargai segala apa nikmat yang Allah kurniakan
acapkali merungut..
sedikit sekali bersyukur...

secara tak sengaja tertengok video perkahwinan awwal dengan scha..
tak tahu pun mereka dah kahwin...baru je tahu...
ketinggalan nak update cerita-cerita artis ni sebab kurang berminat dan terlalu banyak gosip
masalah diri sendiri pun tak selesai...masalah masyarakat yang meruncing pun seperti diabaikan..
dunia...
"mewah" itu perkataan yang paling sesuai nak gambarkan majlis perkahwinan zaman sekarang...
dah jadi macam kemestian kan...
jauh dalam hati teringin....
tapi lagi jauhhhhhhhhhhhhhh dalam hati...
tak apa...dekat syurga nanti semuanya jauh lebih indah...(kena berusaha membuat amal seorang ahli syurga ni) ^_^
 bila fikir-fikir...
kenapalah nak sangat dengan semua tu kan...
sedangkan Allah nak bagi yang terbaik untuk kita...

".....kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Allah maha perkasa maha bijaksana." (Al-Anfal:67)
tengok tu...Allah dah jelaskan dalam al-quran Allah nak bagi kita pahala akhirat sebab Allah tahu dekat sana nanti jauhhhhhhhhhh lebih baik...tak akan pernah tergambar indahnya...
sebab itulah para sahabat bermati-matian tegakkan agama islam dan mengejar syahid kerana mereka tahu... syurga tu nanti tiada tandingan...biarlah bersusah-susah sekarang...biarlah teruk sekarang...supaya disana nanti kita mendapat rehat yang panjang...
bersyukur dengan setiap nikmat yang ada...
walaupun Allah beri kita kesusahan tapi semua tu tak menghalang kita mendekati DIA kan...
Allah sentiasa ada...
yakinlah...
pasti kita nanti-natikan pertemuan dengan DIA...
pencipta kita...
tapi nak jumpa Allah ada syaratnya...
berusaha untuk jadi ahli syurga...syurga yang paling tinggi...syurga firdaus...
boleh jumpa Rasulullah..para sahabat...yang seringkali namanya meniti dibibir tatkala menceritakan tentang perjuangan mereka...
rindu...sangat rindu...
nak bersama mereka pun ada syaratnya...
berusaha menjadi ahli syurga...syurga tertinggi...syurga firdaus...
tak salah untuk bercita-cita tinggi...
semuanya bukan terletak pada pincangnya permulaan tetapi baiknya pengakhiran...
insyaallah..

sebagai peringatan buat diri yang lupa dan motivasi bersama

Friday, May 4, 2012

kenapa nak putus asa?
bukankah itu yang terbaik?
supaya awak tak riak...supaya awak tak rasa senang...dan supaya awak berusaha lebih-lebih lagi..
sebab tu awak dapat yang macam tu...
setimpal dengan usaha awak yang tak seberapa tu...
nah!!
nak merungut lagi?
nak rasa down lebih-lebih lagi?

Allah bagi yang terbaik buat awak
sebab Allah tahu yang awak mudah lupa bila senang..
Dia bagi kesusahan supaya awak ingat Dia..
bukankah awak yang selalu berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus
jalan kembali kepadaNya..
dikurniakan hidayahNya...
so...
inilah caranya...
inilah tarbiyah Allah buat kamu...

nak bersyukur tak?
bersyukurlah...dah banyak sangat nikmat Allah bagi...
tak ternilai banyaknya...
baru tarik sikit dah melatah tak tentu pasal...
sudah-sudah lah tu nak menyalahkan itu ini...
silapnya datang dari diri sendiri...

pergi muhasabah diri banyak-banyak..
awak tu dah banyak sangat leka...
islam ajar supaya bersungguh-sungguh...
ini tidak...
cakap beriya-iya...
cerita bukan main nak gah saja...
tapi nak didik diri sendiri pun terkulat-kulat..
nak malas-malas...
layak ke nak pesan kat orang lain suruh bersungguh-sungguh...
macam kuda perang dalam surah al-Adiyat?

apa nak jadi lah awak ni...
mana hilangnya semangat diri awak yang menyala-nyala tu?
tak yakin ke awak yang Allah akan bantu hamba yang membantu agamanya?
cukuplah tu...

apa yang penting sekarang...
bersemangat...dan terus bersemangat...
jangan mengalah...
sebab Allah tak pernah bebankan hambanya dengan sesuatu yang berada diluar kemampuan dirinya
so...
bersungguh-sungguh dalam buat apa pun
letakkan seluruh usaha itu dan lakukan yang terbaik...
dan pastikan letakkan impian dan cita-cita itu yang tertinggi...
supaya usaha yang dilakukan juga adalah sehabis baik

nukilan,
 ~hamba yang mengalah untuk seketika tetapi bukan selamanya~ Gatton yang mendung dan suram

Monday, April 30, 2012

alhamdulillah...masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi yang hening ini..
cuaca yang sejuk memungkinkan diri ini terus berselubung di bawah sleeping bag yang suam-suam itu..
tapi apakan daya banyak lagi kerja-kerja dan tanggungjawab yang menuntut pengorbanan dan terpaksa melepaskan segala kesenangan dunia ini...
"bukankah jalan menuju syurga itu sering dipagari dengan kesusahan dan jalan menuju neraka dipenuhi dengan kesenangan"
so...usah berkeluh kesah...tak mengapa bersusah-susah sebab yang menilainya bukan manusia..tapi Allah..
tak apa meredah hujan kerana menuntut ilmu..sebab kita yakin ada ganjarannya...
Allah nilai semua tu..walaupun sebesar biji sawi...
semakin kita susah...semakin kita bersyukur...
semakin kita banyak ujian semakin kita redha...
Allah bagi yang terbaik untuk kita...ujianNYA setimpal dengan kemampuan kita...
dan disebabkan kita mampu itulah..kita kena buktikan kita boleh lalui semua tu dengan tabah...
 ingin saya ceritakan satu cerita yang simple tapi membuat saya berfikir panjang...


kisah karipap

pernah makan karipap? pastinya kebanyakan kita pernah kan...lagi-lagi tepungnya yang rangup..isinya yang sedap..memang mampu membuat hari anda bermakna...
tapi pernah kah setiap kali kita menggigit karipap itu kita memikirkan tentang proses pembuatan karipap?
bagi yang pernah membuatnya pasti tahu...
bukan mudah sebenarnya untuk membuat karipap...kesian dekat makcik karipap yang bersengkang mata membuat karipap untuk dijual bagi mendapatkan rezeki
dan karipap harganya yang boleh dikatakan murah itu 3-4 biji seringgit sebenarnya sangat tak berbaloi dengan usaha yang diletakkan untuk menjadi karipap..
dari proses memasak intinya,menguli tepung, memintal tepi2 karipap dan menggorengnya..huish rumit...
saya sendiri tidak mampu untuk membuatnya...jadi seperti karipap tak cukup sifat..^_^
tapi demi mencari rezeki halal..makcik karipap teruskan jugak usaha membuat karipap tanpa pernah berkeluh kesah...
sebab makcik tu tahu...dengan bersusah payah membuat karipap...dia pasti mendapat pulangan wang..
macam tu jugak kita...bila kita berfikiran jauh...kita tidak kisah bersusah payah...sebab kita tahu ada ganjaran yang Allah pasti akan beri buat kita...

maka berhentilah merungut...berhenti mencari alasan dan berhenti merasakan kita lah yang paling susah...
hakikatnya ada yang lebih susah daripada kita...
sudah bersyukurkah kita hari ini?

Saturday, April 21, 2012

umur dah hampir-hampir mencecah angka 22...tinggal beberapa bulan je lagi...tiba-tiba rasa macam dah lama sangat hidup kat dunia ni...
tapi macam tak ada apa-apa amalan pun rasa layak nak dijadikan bekalan ke sana...
dalam sibuk-sibuk melunaskan tanggungjawab duniawi..terfikir apalah sangat semua ni...
yang nak bawak balik ke sana tu yang sepatutnya diutamakan...
tapi menuntut ilmu juga jihad kan....betulkan niat semuanya adalah ibadah kepadaNya...
ramai kawan-kawan yang dah menapak ke satu fasa baru dalam kehidupan mereka..
turut gembira dan semoga perkahwinan dan keluarga yang dibina dirahmati Allah sentiasa...
ada juga lah rakan-rakan yang bertanyakan khabar diri ini...dan pastinya diselitkan dengan satu soalan cepu emas..."bila lagi nak kawin...kawan kita dah ramai yang kawin"
aish...rumit soalan ni..jodoh ajal maut tu semua dah ditetapkan...
kita pun tak tahu...sempatkah melangkah ke fasa baru tu..
lagipun tanggungjawab dan amanah yang digalas di bahu sekarang ni rasa dah tak terpikul...
mungkin perlu untuk selesaikan satu persatu...
biarlah takdir Allah dan masa yang menentukan...
"usaha itu juga perlu..".
memang...usaha juga perlu..bukankah berdoa itu juga suatu usaha...
bak kata seorang sahabat..eh sahabat ke? kenalan yang hanya dikenali namanya bukan empunya diri
"biarlah hati ini dipagari"
dipagari dengan apa?
wajiblah dengan iman....^_^
maka dengan itu...haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal yang mantap...
sebab semua itu bukanlah cerita dongeng yang indah-indah belaka...
bukan juga cerita novel yang suwit muwit...
ini adalah realiti kehidupan yang menuntut pengorbanan yang banyak...
sekian sahaja tazkirah pendek untuk diri sendiri..
moga terhantuk banyak-banyak ye cik syahirah~


Friday, January 13, 2012

Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan